Israk Mikraj di Indonesia dirai dengan tarian dan lagu dangdut cetus kritikan 

Oleh KIM SYAZIE

Satu majlis memperingati Israk Mikraj yang diadakan di Indonesia mengundang kritikan ramai selepas ianya diraikan dengan persembahan tarian gelek yang bertentangan dengan adab majlis keagamaan.

Dalam satu video tular yang kini menjadi bualan ramai, hadirin disajikan dengan hiburan nyanyian dangdut dari penyanyi wanita yang berpakaian seksi.

Manakala kumpulan band yang memainkan alatan muzik pula dilihat mengenakan kopiah ketika membuat persembahan tersebut.

Kain rentang yang dipasang pada majlis itu jelas tertulis Memperingati Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku, tetapi ia mula menjadi bualan dalam kalangan masyarakat negara ini sejak kelmarin.

Mereka menyuarakan kebimbangan melihat sikap masyarakat di negara jiran yang tidak menghormati majlis keagamaan dan seolah-olah semakin hilang sensitiviti terhadap majlis baik seperti itu.

Baca juga: Khairul Aming beri amaran, jangan kongsi tangkap layar slot Rembayung, risau scammer