Cuci barang kemas ‘diy’ dalam masa 5 minit! Boleh melaram di hari raya, nampak ‘shining’ macam baru beli

Oleh MAISARAH AISYA

Mak-mak memang suka melaram dengan barang kemas yang dibeli setiap kali ada peluang namun lama-kelamaan, ada juga yang mula kelihatan kusam dan hilang serinya.

Bila nak bersihkan, kebiasaannya perlu ke kedai emas untuk mencuci tetapi dengan cuaca yang panas dan perlu pula beratur, ramai yang rasa malas atau tak larat nak keluar semata-mata untuk itu.

Ha! boleh ikuti tip dikongsikan ssyazsuhaimi menerusi aplikasi Lemon8, ambil masa lima minit sahaja dan tak guna banyak bahan.

Bahan-bahan:

  • Barang kemas
  • Soda bikarbonat
  • Cuka
  • Bekas kaca
  • Kapas
  • Berus gigi lama

Cara-cara:

  1. Campurkan nisbah 3 soda bikarbonat dan 1 sudu air. (Kalau banyak jadikan nisbah 6:2)
  2. Kacau sebati hingga menjadi pes yang tebal (kalau nipis sangat, sila tambah 1 atau 2 sudu soda bikarbonat)
  3. Sapukan pes pada barang kemas dengan menggunakan kapas / cotton buds (pastikan pes cukup untuk tutup keseluruhan permukaan emas)
  4. Letakkan barang kemas yang disapu dengan pes tadi ke dalam bekas berisi cuka putih dan rendamkan selama 5 minit (jumlah cuka agak-agak sampai tenggelam emas).
  5. Nanti akan ada bunyi bergas sebab pes tu react dengan cuka tapi jangan panik! Tak rosak pun barang kemas.
  6. Bilas dengan air bersih dan keringkan.
  7. Guna berus gigi lama, gosok-gosok manja untuk tanggalkan sisa-sisa kotoran yang mungkin masih ada dan bilas semula.
  8. Keringkan.

Nota tambahan: Bagi cincin emas yang mempunyai batu permata, soda bikarbonat dan cuka boleh merosakkan permukaan batu permata. Kalau takut rosak boleh elakkan.

Baca juga: Mimi Fly kongsi ciri-ciri ‘red-flag’ calon suami, hilang minat dengan lelaki pemalas