Puas hati! ‘All you can scoop’ RM25, wanita ini ambil tiramisu saiz ‘gedabak’

Oleh MALAYSIADATELINE

Bagi pelanggan, sudah tentu mereka mengharapkan setiap sen yang dibelanjakan setimpal dengan hidangan yang diterima.

Apatah lagi apabila konsep seperti ini memberi kebebasan untuk mengambil sendiri makanan.

Dalam satu video dikongsikan pengguna TikTok @pretikaurgill, dia mengambil tiramisu dalam kuantiti besar menerusi konsep ‘all you can scoop’ dengan harga RM25.

Wanita berkenaan dilihat dengan penuh yakin menyenduk sepotong besar tiramisu sehingga membuatkan ramai penonton berasa puas hati melihat teknik yang digunakan.

Malah, ada yang menganggap ia antara ‘scoop’ terbaik pernah dilihat setakat ini.

@pretikaurgill

Boleh la worth it gak kalau pandai ceduk hahahaha #tiramisu #pokok #pokokcafekl (video lama feat muka barai)

♬ orijinal ses – SpiderX

Ada yang berseloroh mengatakan individu tersebut mungkin tidak akan dibenarkan datang lagi selepas ini.

Manakala segelintir lain mempertahankan tindakannya kerana pelanggan sememangnya membayar harga tetap.

“Dalam banyak-banyak orang scoop. Ni paling puas hati yang aku pernah tengok. Esok akak ni mesti dah tak boleh datang dah,” komen seornag pengguna.

“Secara logiknya, tiada isu tamak di sini sebab sudah bayar RM25. Tapi pelik kenapa ada yang kecam seolah-olah dia buat salah,” tulis seorang pengguna.

“Kalau dapat sikit, tak ke rugi? Tapi kalau semua ambil banyak macam ini, macam mana peniaga nak sustain?” ujar seorang lagi netizen.

“Tapi bila fikir balik, kalau ambil sikit Harga RM25, kalau ambil besar pun RM25, jadi macam tak berbaloi je ambil sikit kalau kena bayar mahal, baik ambil banyak dan kongsi,” komen seorang lagi pengguna.

Baca juga: Mydin tanggung rugi sehingga RM500k setahun kerana troli dibawa pulang pelanggan