Gempar di media sosial baru-baru ini apabila seorang isteri didakwa menjadi mangsa sikap baran suaminya apabila dipukul sehingga mendatangkan kecederaan di wajah dan kesan pendarahan di mata.
Menerusi pendedahan yang dibuat di platform Threads, lelaki itu juga dikatakan culas menjalankan tanggungjawab sebagai suami dalam menunaikan nafkah dan sering berlaku curang dengan berlainan wanita.
Lebih mengejutkan, sang suami dimaksudkan dalam pendedahan itu bukanlah orang biasa sebaliknya sosok selebriti yang pernah popular dahulu selepas menyertai program realiti pencarian bakat nyanyian buat remaja.
Sehubungan dengan itu, pendedahan dibuat di media sosial agar tiada lagi wanita lain menjadi mangsa lelaki yang dikatakan masih mempunyai wajah menarik dan pandai menggunakan kata-kata manis untuk memikat.
“Hati-hati semua kalau tak nak menjadi mangsa pukul seterusnya. Jangan termakan kata-kata manis jantan sengkek ini. Modal jantan ini hanya rupa dengan suara sahajalah. Jadi ceritanya, jantan ini akan memancing perempuan.
“Selepas gunakan perempuan, dia blah (tinggalkan). Terkini baru keluar lokap sebab bantai bini dia sampai berdarah mata. Memang sejenis baran. Maki semua itu macam zikir sahaja dekat dia,” kata pemilik akaun yang turut berkongsi tangkap layar perbualan di Whatsapp.

Difahamkan, bekas penyanyi cilik itu juga mempunyai bekas isteri yang turut menjadi mangsa sikap barannya apabila dipukul dengan teruk namun memilih untuk tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Sikap lelaki itu bukan hanya tidak berubah malah isteri baharunya dikatakan mula dipukul ketika sedang hamil sehingga pada hari pertama bulan Ramadan tahun ini sebelum akhirnya dimasukkan ke dalam lokap.
“Dia pukul isteri ketika hari pertama puasa 2026. Sudah miskin, ada hati nak pukul isteri. Dari hamil, sampaikan umur anak nak masuk setahun pun duduk bantai isteri lagi. Bekas isteri pun dia pukul teruk juga. Tak berubah perangai baran dia.
“Dahulu kahwin dengan bekas isteri. Dia tanggung atas bawah, depan belakang. Kau tetap juga pukul dia kan? Dengan isteri sekarang pun kau buat dia jadi ‘punching bag‘ sahaja. Sekarang kau hadaplah,” Tulis pendedahan tersebut.
Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati ramai wanita tampil mengakui turut dihubungi bekas penyanyi cilik berkenaan malah ada yang pernah keluar bersama tanpa mengetahui statusnya sebagai suami orang.
Pendedahan tular di platform Threads tersebut turut mendapat perhatian daripada pelakon dan pengacara, Zoey Rahman yang mengendalikan program realiti nyanyian dahulu disertai oleh suami berkenaan.
Baca juga: Lebih sedekad jaga Shah Rukh Khan, bekas pengawal peribadi dedah berapa gaji pengawal selebriti