Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memilih sendiri Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu selepas ini.
Baginda turut menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.
“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Sultan Ibrahim bertitah bahawa jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.