Masih terdapat syarikat kurier yang didakwa mengenakan penalti terhadap pekerja sekiranya gagal menyelesaikan penghantaran semua parcel dalam tempoh sehari.
Ini sekali gus mewujudkan tekanan tinggi kepada penghantar untuk menyiapkan tugasan walaupun sehingga lewat malam.
Dalam perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi tangkap layar perbualan bersama suami yang mengadu didenda sebanyak RM3,800 oleh satu syarikat kurier.
Dia memaklumkan bahawa suaminya terpaksa ‘hold’ 19 parcel kerana sudah malam dan syarikat kurier meletakkan caj RM200 untuk satu barang yang kena ‘hold’.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Malah dakwaan bahawa sesetengah penghantar kurier terpaksa menyelesaikan penghantaran pada hari sama bagi mengelakkan penalti.
“Patutlah pernah penghantar barang hantar parcel dekat rumah pukul dua pagi, masa tu memang menyirap sebab bangun terkejut, siap bunyikan loceng sampai ingat ada kecemasan.
“Kita pula ada bayi tengh tidur, buka pintu dia ambil gambar bukti penghantaran. Memang angin, rupanya nak abiskan penghantaran. Semoga dipermudahkan urusan,” komen seornag pengguna Threads.
“Patutlah saya pernah terima mesej daripada rider pukul 1 pagi hantar gambar delivery. Ya Allah dik pagi buta tak habis delivery.
“Semoga semua rider di lindungi dan di permudahkan urusan menjalankan tugas,” komen seorang lagi pengguna Threads.
Baca juga: Pernah jual buah pinggang demi iPhone, apa jadi dengan pemuda China ini selepas 10 tahun?