Rakaman memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sedang menyanyikan lagu berbahasa Hindi pernah tular di platform media sosial suatu ketika dahulu.
Namun siapa sangka, video nyanyian lagu Hindi klasik berkenaan rupa-rupanya turut mendapat perhatian ramai terutamanya di dalam kalangan masyarakat di India.
Perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi sewaktu hadir ke Malaysia beberapa bulan lalu dalam rangka lawatan rasmi beliau ke negara ini selama dua hari.
Modi ketika berucap di dalam majlis pertemuan bersama komuniti India itu menyifatkan tindakan Anwar sebagai mencerminkan penghargaan Malaysia terhadap budaya dan kesenian India.
“Rakyat India teruja apabila video beliau (Anwar) menyanyikan lagu Hindi klasik menjadi tular di India, malah sangat mengagumkan apabila beliau turut menyukai lagu Tamil daripada lagenda M.G. Ramachandran,” katanya.
Modi berucap sedemikian dalam majlis diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines sempena kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.
Difahamkan, video yang tular itu memperlihatkan Anwar sedang menyanyikan lagu ‘Dost Dost Na Raha’ di Hotel Delhi Taj sempena dengan lawatan pertamanya ke India pada tahun tersebut.
Berdasarkan rakaman itu, Anwar dilihat menyanyi sambil diiringi dengan alunan irama dimainkan oleh pemuzik di hotel berkenaan malah turut disaksikan beberapa masyarakat India.
Baca juga: Habih warga nogori serang Jalaluddin Alias, label Umno N9 gilo kuaso