Minta senarai ‘kesalahan’ tadbir urus PMX, sekali jawapan rakyat buktikan sebaliknya

Oleh MALAYSIADATELINE

Perkongsian mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimuat naik pentadbir satu kumpulan Facebook telah berjaya mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, pentadbir kumpulan Pasir Puteh Today itu meminta pengikut akaun Facebooknya untuk menyenaraikan kesalahan tadbir urus sepanjang kerajaan diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Namun lain pula yang jadi apabila rakyat malah menunjukkan realiti sebenar kepimpinan Anwar dengan menyenaraikan inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan Madani demi kesejahteraan rakyat.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian tersebut mendapati rata-rata pengguna Facebook mengakui inisiatif tersebut berjaya meringankan beban rakyat terutamanya perlaksanaan subsidi bersasar.

Antara insiatif tersebut termasuklah menaikkan gaji penjawat awam, saluran bantuan Sumbangan Wang Tunai Rahmah (STR), MyKasih, subsidi minyak RON95 dan membanteras rasuah.

Memandangkan perkongsian itu dimuat naik oleh pentadbir kumpulan Facebook berkaitan dengan Kelantan, ramai juga pengguna menyenaraikan inisiatif dilakukan kerajaan buat negeri Pantai Timur tersebut.

“Dari akhir 2022 sehingga ke saat ini, sudah tiga tahun lebih negeri Kelantan menerima limpahan projek kerajaan pusat. Melebihi projek 36 tahun pemerintahan kerajaan terdahulu,” kata seorang pengguna

“Kesalahan PMX adalah memberikan peruntukan buat jambatan baru. Ganti jambatan gantung era 60-an yang runtuh di Kelantan itu. Silap besar PMX,” kongsi pengguna lain meninggalkan komen dalam nada berseloroh.

Beberapa individu juga tidak melepaskan peluang unruk meninggalkan komen mencuit hati bahawa kegagalan Anwar adalah tidak ‘berjaya’ memiliki isteri lebih daripada satu.

Berikut adalah komen lain yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook dalam perkongsian tersebut.

Baca juga: Berani ‘sapu’ subsidi rakyat! Lelaki Bangladesh kantoi guna 2 MyKad, didenda RM10,000