“Hati-hati kongsi di media sosial” – Aksi wanita hisap pod sampai ‘khayal’ undang reaksi netizen

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang individu dipercayai sedang menghisap pod sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap gejala vape dalam kalangan anak muda.

Perkongsian dimuat naik pengguna Threads, @najwalatifone, turut disertakan kapsyen mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memuat naik kandungan di media sosial.

“Yang nak post status tu hati-hati, sekarang toxic banyak tau-tau muka masuk thread viral satu dunia. Nah hambik isap pod pun bangga budak mentah,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pemilik akaun itu turut mendakwa remaja berkenaan dilihat berada dalam khayal.

Video tersebut pantas mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan itu selain menasihati golongan remaja agar tidak terlalu terpengaruh dengan budaya vape.

Seorang pengguna berkongsi pengalaman rakannya yang didakwa mengalami masalah kesihatan serius selepas mengambil bahan berkenaan ketika menghadiri sebuah parti.

“Member aku cerita ada sekali tengah party isap benda tu terus shutdown. Keras, bawa pergi hospital. Doktor kata boleh hidup, tapi tak boleh bangun,” dakwanya.

Sementara itu, ada juga netizen yang mempersoalkan sikap segelintir individu yang dilihat bangga memaparkan tabiat tidak sihat di media sosial demi perhatian dan populariti.

“Tak silap, catridge yang macam tu la tengah viral sebab ala ala dr*gs kan? sampai ada kes kemalangan dan kantoi hisap pod.

“Hisap pod berisi dadah pon nak bangga ke? Kang mati terkojol dah menyusahkan mak bapa. Lepas tu tak pikir ke perasaan mak bapa? Orang dulu telan dadah sorok-sorok , kau yang ‘BBNU’ ni sibuk nak tayang benda bodoh.

“Sah-sah flavour pening, video ni boleh jadi bukti penggunaan dadah,” antara komen pengguna Threads.

Baca juga: Baru tahu masyarakat Cina di Kelantan pun amal budaya hidup sebiji macam Melayu walau mereka masih Cina