“Siap tarik baju minta duit” – Netizen dakwa budak minta sedekah ini muncul di banyak lokasi

Oleh MALAYSIADATELINE

Satu video memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai meminta sedekah sambil mengira wang tunai mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna dikenali sebagai 70m3t__, individu berkenaan mendakwa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya.

Pengguna Threads berkenaan turut mendakwa mereka mampu memperoleh pendapatan lumayan hasil meminta sedekah di tempat awam.

“Puak yang paling kaya hanya dengan minta sedekah. Time bulan puasa jumpa, mula-mula minta sedekah depan aku siap melutut, lepas tu dia kira duit.

“Ada dalam RM250 malam tu saja. Buat malu Malaysia, beranak-pinak dekat sini lepas tu suruh anak cari duit minta sedekah. Senangnya hidup,” kongsinya di Threads.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna media sosial mendakwa pernah terserempak dengan individu dipercayai sama di kawasan Ampang Point.

“Macam orang sama la.. ni dekat Ampang Point banyak kali dia masuk keluar kedai nak mintak sedekah.

“Orang tanya nak apa tetibe dia hulur je dia punya bag tu,” ujar pengguna Threads yang lain.

Rata-rata netizen turut berkongsi mempunyai pengalaman yang sama dengan kanak-kanak berkenaan.

“Wehh budak ni paksa-paksa aku bagi duit dekat dia, siap tarik baju. Aku elok kesian terus jadi geram. Bila tak bagi, dia jeling siap tolak pintu kedai.

“Budak yang sama… diberi RM1, merungut pula. Kepala kau dik… dah marah ni, terus jadi tak ikhlas nak memberi,” antara komen netizen.

Baca juga: Lepas tarik pelaburan digital RM250 bilion dalam masa 2 tahun, apa yang Malaysia perlu buat?