‘Ada bakat melukis bukan masalah mental’

Oleh ARIF ATAN

Beberapa lakaran yang dianggap sebahagian warganet sebagai ‘seram’ sebenarnya hasil karya daripada anak yang ada bakat dalam melukis.

Seorang pengguna Facebook, Amirol Mat Rofi berpendapat kanak-kanak atau remaja yang melukis karya itu sebenarnya berbakat dalam melukis manga seram.

“Anak dia pun pandai pilih art yang bagus dari Pinterest dan improvise. Kalau dia jual art dia ni, rasanya ramai minat nak beli.

“Benda boleh optimis tapi ramai pilih jalan triggered,” hujahnya menyangkal dakwaan sebahagian netizen kononnya pelukis itu ada masalah mental.

Terdahulu, tular beberapa lakaran yang menggambarkan watak dalam keadaan stres dan murung dengan ada yang tertera kapsyen, “Too loud, too much enough”.

Lakaran-lakaran itu kemudiannya tular di TikTok sekali gus mengundang pelbagai pandangan dengan rata-ratanya menganggap pelukis sedang mengalami masalah kesihatan mental.

Baca Artikel Penuh