Ada cubaan godam TikTok dan Facebook, Hidayah minta orang tu bertaubat

Oleh KIM SYAZIE

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kembali menarik perhatian selepas mendakwa ada cubaan daripada pihak lain untuk menggodam TikTok dan Facebook miliknya.

Hidayah memuat naik video tersebut di akaun TikTok dan meluahkan rasa marah kerana ia berlaku selama dua hari berturut-turut.

Sebelum ini ada cubaan untuk mengambil Instagram miliknya dan arwah suami namun tidak berjaya, kini dua akaunnya pula menjadi mangsa.

“Dua hari ini ada orang cuba godam Dayah punya TikTok dan Facebook dan ingat saya tak tahu siapa yang buat.

Buat-buat la bertaubat, kalau tak ada duit berniagalah. Jangan suka ambil hak orang dan cari duit sendiri,” ujarnya.

@hidayah_hamzah

2hari ini ada org cuba GODAM dayah punya TT Dan FB ingt dayah xthu siapa yg membuat,buat2 la bertaubat,kalau xd duit berniaga lah jgn suka Ambil hak org, Cari duit Sendiri #sabar #biarorangbuatkita #hidupinisimple #jangansukaambilhakorang

Pada masa sama dia mempersoal sama ada orang yang cuba menggodam ini hanya memikiran duit semata.

“Kenapa nak ambil akaun Dayah, sebab korang (anda) nak jual, nak dapatkan duit. Berniagalah dan cari duit yang halal.

“Kalau tiada duit buatlah bisnes (perniagaan) macam Dayah untuk besarkan anak dan Dayah tak kacau orang. Jadi janganlah kacau Dayah lagi,” tambahnya lagi.

Para penggodam pastinya aktif untuk menjual akaun yang mempunyai ramai pengikut malah sudah banyak artis yang mengalami nasib yang sama.

Baca juga: Bayar lebih RM800 untuk konsert tapi dapat kerusi kenduri kahwin

Baca Artikel Penuh