Adun Seri Kembangan dari DAP, Wong Siew Ki memohon pertimbangan dari Sultan Selangor supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor.
Perkara itu disebut dalam titah dalam perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Menurut Siew Ki dari DAP, penternakan babi sepatutnya tidak dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana haiwan lain juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama.
“Mengenai isu penternakan babi, dalam titah ucapan Tuanku, Seri Kembangan memohon ‘Ampun Tuanku’ menyembah bahawa isu ini menyentuh hak kesamarataan warganegara yang terjamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Pertenakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan penternakan haiwan yang lain
“Risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti penternakan haiwan yang lain,” katanya.