Ahli politik terlibat dalam pemansuhan pencen, bukti kerajaan ‘cakap serupa bikin’

Oleh WAN SITI AMINAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa lantikan politik tidak terkecuali dalam skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu.

Kenyataan Anwar yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan itu sekali gus telah membuktikan bahawa kerajaan pimpinannya memang ‘cakap serupa bikin’.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu Haziq Azfar Ishak, khabar ini juga telah menjadi tamparan hebat terhadap segelintir ahli politik.

Hal ini kerana, sesetengah ahli politik berkenaan hanya bersuara selepas kehilangan kuasa namun berpeluk tubuh saat berada di tampuk kepimpinan, lapor Sinar Harian.

“Perbincangan terkait pemansuhan pencen yang cukup mewah buat ahli politik ini telah lama menjadi polemik.

“Kini ia ditamatkan dengan keputusan Kerajaan Perpaduan yang nyata mempunyai iltizam yang sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Sinar Harian.

Baca Artikel Penuh