“Orang politik kalau dari muda masuk bidang ini, tak kan pencen nak kerja sawah padi?” – MB Perlis persoal skim saraan dimansuhkan

Oleh MAISARAH AISYA

Tindakan kerajaan mahu memansuhkan skim saraan terhadap penjawat awam menimbulkan kerisauan pelbagai pihak.

Media melaporkan kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam bermula Februari depan adalah berstatus tetap tetapi tidak berpencen.

Bagaimanapun status pencen penjawat awam itu tetap ada cuma kelak akan dibuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Isu ini tidak dipersetujui ramai termasuklah Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang tidak senang akan hal tersebut.

Menurut Utusan Malaysia, Mohd. Shukri secara peribadi tidak bersetuju jika pemberian pencen buat penjawat awam atau ahli politik, wakil rakyat dihapuskan pihak kerajaan.

Tambahnya majotiri rakyat di negara ini adalah penjawat awam dan akan terkesan sekiranya pemberian penceng digantikan dengan caruman KWSP.

Baca Artikel Penuh