Aina Abdul jawab isu bayaran mahal untuk persembahan, “seorang Aina disiapkan pasukan ‘perfectionist’, jadi setimpal”

Oleh KIM SYAZIE

Susulan tersebar desas desus mengatakan Aina Abdul menerima bayaran termahal untuk persembahannya, penyanyi itu berkata dia mempunyai alasan tersendiri untuk harga yang diletakkan.

Menurutnya, bayaran yang diterima adalah setimpal mengambil kira pasukan kerjanya yang sangat ‘perfectionist’ untuk menyiapkan seorang Aina Abdul.

Persiapan tersebut merangkumi banyak perkara termasuk busana, solekan, jurufoto dan lain-lain.

“Seorang Aina Abdul kalau keluar, persiapannya mengambil masa berjam-jam, disiapkan rapi oleh pasukan yang sangat perfectionist.

“Yang menyiapkan saya bukan sahaja dari sudut pakaian, tapi juga mikrofon, juruvideo, jurufoto dan semuanya, the whole package,” katanya ketika  sidang media pengumuman 30 buah lagu yang layak ke Separuh Muzik-Muzik 38 (SFMM38) kelmarin.

Pada masa sama, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata, harga yang diletakkan bukan untuknya seorang, sebaliknya untuk semua pasukan yang bekerja keras menjayakan setiap kemunculannya di sesuatu acara 

Baca Artikel Penuh