“Air banjir Hat Yai tiba-tiba surut..”

Oleh ROSLAN ZAMAN

“Keajaiban berlaku. Tiba-tiba air surut di Hotel Wangburapa..” Itulah coretan yang ditulis di facebook Universiti Utara Malaysia apabila kumpulan pelajar dan pensyarah sudah beberapa terperangkap di Hat Yai.

Seramai 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya dipindahkan dari Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand selepas terperangkap di dalam banjir sejak jumaat.

Menerusi perkongsian di Facebook UUM, paras air di kawasan hotel itu sudah surut membolehkan mereka dibawa keluar dengan lancar.

Keajaiban berlaku. Tiba-tiba air surut di Hotel Wangburapa. Team UUM termasuk TNC, Prof Dr Ahmad Martadha di Hatyai pagi ini bawa pulang pelajar, pensyarah UUM.“, kata coretan itu.

Mereka semua yang terlibat kemudian dibawa menaiki trak menuju ke Central Hatyai sebelum bergerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam