Penyanyi dan pelakon, Sharifah Zarina, meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa anak perempuannya, Athalia, diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang menerusi media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Sharifah Zarina berkata dia terpaksa bersuara secara terbuka sebagai langkah terbaik bagi menghentikan gangguan tersebut tanpa menjejaskan mana-mana pihak lain, kecuali individu yang terlibat.
“Tak suka media sosial dicemari macam ni. Tapi ini satu jalan terbaik untuk hentikan tanpa menyakitkan hati sesiapa kecuali yang berkenaan.
“Minta tolong sangat-sangat suami orang ni untuk berhenti ganggu Athalia. Daripada reply-reply story di Instagram (IG) konon tanya khabar.
“Akhirnya ajak keluar berdua saja tanpa anak dan isteri dia. Allahuakbar, berani sungguh!!
“Jangan nanti terkantoi dengan isteri yang juga selebriti terkenal tu, lepas tu awak kata anak saya pula yang menggatal,” luahnya di Threads.
Dalam masa sama, Sharifah Zarina menjelaskan dia tidak menghubungi lelaki tersebut atau isterinya secara peribadi kerana tidak sampai hati untuk merosakkan rumah tangga individu berkenaan.
Tegas Sharifah Zarina, sebagai seorang suami, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan individu berkenaan seharusnya lebih menghargai keluarga yang dimilikinya ketika ini.
“Saya tulis ni sebab saya tahu benda ni akan sampai kepada you. Boleh saja kalau nak mesej awak atau isteri, tapi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga.
Takut juga nanti akhirnya yang berbaik korang, yang jahatnya kami Saya akui sepanjang mengenali awak memang awak sangat baik orangnya.
“Tapi sebagai seorang suami, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Bersyukurlah dengan keluarga yang awak ada sekarang.
“Mereka (keluarga) orang hebat dan taste (cita rasa) Athalia bukan macam awak,” kongsinya.
Baca juga: Gara-gara video ‘gender reveal’ depan Kaabah, suami Neera Azizi digantung tugas 6 bulan