Akhirnya Alif Teega mengaku berkahwin lain, tapi Aisyah Hijanah minta tidak cakap buruk pasal suami

Oleh KIM SYAZIE

Umum tahu pada 29 Oktober lalu, pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya sedang dilanda badai sehingga terpaksa membawa suaminya untuk berubat kerana ‘orang ketiga’.

Begitupun semalam, dikhabarkan bahawa suaminya Alif Teega telah pun bernikah satu lagi dengan wanita yang tidak didedahkan identitinya.

Alif mengaku dia telah pun berkahwin dua dengan seorang wanita pada 18 November lalu.

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berkata, dia membuat pengakuan itu bagi mengelakkan sebarang fitnah selain tidak mahu pernikahannya berkenaan menjadi buah mulut orang.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

“Tujuan hantaran ini adalah untuk menyampaikan khabar berita sekali gus menjawab segala spekulasi tentang saya dan mengelak daripada sebarang fitnah,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkahwinan bersama Aisyah, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata.

Personaliti media sosial itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai identiti isteri keduanya itu.

Sementara itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

“Doakan yang baik-baik buat kami berdua. Saya mohon agar tidak berkata yang buruk kepada Alif mahupun isteri barunya,” jelasnya.

Aisyah sebelum ini mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit orang ketiga yang juga pekerja sendiri.

Aisyah juga memberitahu dia telah membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan pemisah.

Baca juga: Jururawat sibuk kerja di Timur Tengah, suami ‘joli’ duit kiriman – “Siap nikah di Siam!”