“Aku bayar bil rumah mak selama ni walaupun dia layan nak tak nak, bila aku kahwin dengan orang kaya terus berubah perangai…”

Oleh MAISARAH AISYA

Pilih kasih antara anak-anak ini perlu ibu apa elakkan walaupun nampak kecil ia memberi kesan satu hari nanti.

Sudah terbiasa melihat ibu bapa melebihkan kakak dan abang sulung, seorang wanita mengenang nasib diri jadi anak yang perlu untuk bayar segala jenis bil rumah.

“Terima kasih admin kerana sudi post coretan aku pada kali ini. Cukup aku kenalkan diri sebagai Rania yang mempunyai suami yang sangat-sangat memahami dan dua orang putera yang sangat comel.

Kisah aku bukan berkaitan dengan rumahtangga aku tetapi lebih kepada keluarga aku. Aku anak ketiga daripada empat beradik. Untuk makluman semua, suami aku merupakan seorang Director di syarikatnya sendiri dan anak orang berada.

Ceritanya bermula sejak aku berkahwin. Kalau diikutkan memang sebelum aku kahwin, aku akan hulur duit hasil titik peluh aku kepada mak ayah aku.

Tak banyak, sikit pun jadi lah sedangkan masa tu gaji pun tak seberapa. Tapi bila fikir penat lelah mak ayah aku jaga aku dari kecil sampai ke besar.

Baca Artikel Penuh