Dalam dunia yang serba moden dan semakiin banyak persaingan dalam pekerjaan hingga ada tertekan dan mula mengalami masalah mental di usia muda.
Bukan hanya pekerjaan, malah terpaksa pula hadapi persepsi masyarakat yang dilihat terlalu mengambil peduli akan hal orang luar.
Seorang wanita meluahkan rasa hiba kerana mengandung di saat dirinya tidak stabil daripada segi mental.
Perkongsian tersebut dimuat naik di Facebook Kisah Rumah Tangga.
“Maaf terpaksa buat fake acc nk menjaga aib keluarga. Ssaya tak tahu nak mula macam mana tapi sebenarnya nak tulis ni pun empat ke lima hari juga saya fikir.
Sekadar untuk minta pendapat dan kata-kata semangat, saya harap jangan kecam ye.
Saya sekarang mengandung 10 minggu dah bukak buku pink masa kandungan lapan minggu sebab sebelum ni saya pernah keguguran tiga kali.
Perkahwinan dah mencecah lima tahun. tapi saya juga ada masalah sakit mental, bipolar disorder dan mdd dah tujuh tahun dan memang follow up hospital psy kat hkl.
Tahun ni juga saya pernah dimasukan ke dalam wad psy sebab masa saya di manic phase saya mencederakan diri sendiri.
Saya dah masuk wad psy selama tujuh tahun ni sebanyak enam kali.
Buku pink saya tag warna kuning sebab banyak risiko untuk kandungan kali ni. Masalah untuk saya adalah saya asyik menangis fikir boleh ke saya jadi ibu yang baik?
Sebab saya sakit mental, kadang bila saya nak tidur asyik terbayang satu hari nanti saya akan bunuh baby saya.
Serius bila jadi macam tu saya memang terasa tak bersedia nak jadi ibu sampai saya minta maaf banyak kali kt Allah kalau bukan rezeki saya lagi kali ni saya reda.
Sebab saya sedar memang saya tak sihat dan saya minta berilah rezeki bila saya betul-betul sihat dan mampu. Suami dan keluarga saya sangatlah menyokong saya.
Cuma sekarang yang bermasalah adalah diri saya sendiri. Saya selalu cakap dengan baby maafkan mama sayang, mak awak ni tak normal.
Saya memang takut sangat akan cederakan anak saya akan datang. Adakah kehadiran dia akan mengubah hidup saya? Adakah saya boleh baik?
Sebab sekarang saya dikurangkan dos ubat disebabkan mengandung mungkin sebab tu juga saya asyik berfikir tanpa henti?
Tolong doakan saya sihat saya penat berperang dengan isi kepala sendiri. Allah sentiasa jadi tempat saya mengadu.
Saya yakin Allah jadikan saya macam ini sebab saya kuat tapi saya tak tahu baby ni apa nasib dia.”
Baca juga: Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut nak guna pengecas kereta elektrik