Ali Puteh mengamuk dalam ‘live’ selepas netizen pertikai keberkatan rezeki, “saya bukan jual babi dekat depan ni”

Oleh KIM SYAZIE

Pelawak Ali Puteh tidak dapat menahan sabar selepas seorang individu mempertikai keberkatan rezekinya ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Menerusi video itu, Ali menyelar individu tersebut supaya cermin diri dan tidak mengambil kerja tuhan.

“Allahuarabbi, bawa-bawalah cermin diri tu abang. Orang punya rezeki berkat tak berkat ke tak payah buat kerja tuhan. Dia cakap rezeki tak berkat, rezeki kepala bapak dia. Orang berniaga elok-elok.

“Rezeki ini kita usaha, kita doa, tawakal dan kita serah pada Allah. Kita tak tahu rezeki kita berkat atau tak yang menentu Allah. Bukan kita yang menghukum orang..rezeki orang berkat atau tak. Saya bukan jual babi dekat depan ni, saya jual sambal,” katanya.

Sementara itu, Ali berkata dia tidak pernah memaksa orang ramai untuk menyertai siaran langsung tersebut ataupun memaksa beli sambal jualannya.

“Patut kita duduk, muhasabah diri, doakan untuk Palestin bukan menyebok mengata orang. Ajak jumpa kau takut. Orang berniaga jangan kacau. Saya tak pernah paksa orang masuk, saya tak pernah paksa orang beli,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut menasihatkan agar menjaga tutur kata serta tidak mempunyai perasaan hasad dengki dengan rezeki orang lain dan cermin diri sebelum berkata mengenai orang lain.

Baca juga: “Kalau jumpa okay je nak bertegur” – Nora Danish anggap isu dengan Fasha Sandha lama selesai