Amaran hujan berterusan ditamatkan

Oleh NASUHA RAHMAN

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11.30 pagi 19 Disember untuk lapan negeri ditamatkan.

Keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka bertambah baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial Jabatan serta talian hotline Met Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi pertanyaan lanjut, demikian menurut Ketua Pengarah MET malaysia dalam kenyataan hari ini.