Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan respon terhadap dakwaan bekas Ketua pemuda Umno Khairi Jamaluddin yang didakwa akan diserap masuk menganggotoi barisan menteri pada awal bulan hadapan.
Perdana Menteri yang ditemui media di satu majlis memberikan respon segera selepas wartawan di sana bertanyakan dakwaan Khairy yang akan dilantik menjadi menteri dalam kerajaan.
Anwar secara bersahaja menjawab, “yake? Siapa bagitau?”, lalu berlalu pergi.
Beberapa hari ini nama Khairy Jamaluddin yang kini bertugas sebagai penyampai radio Hot FM menjadi panas apabila namanya disebut sebut bakal mengisi kekosongan jawatan menteri.
Bekas menteri UMNO itu juga disebut-sebut bakal mengisi borang UMNO semula selepas dipecat oleh parti pada 2 tahun yang lalu.