Anwar tolak spekulasi rombakan besar dalam Kabinet, hanya isi tempat kosong

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai yang mulai berasa gusar apabila timbul spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya rombakan besar-besaran dalam kabinet.

Namun perkara itu dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya beliau menegaskan hanya akan akan mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan Menteri.

Tegas beliau, ia adalah berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun sahaja lagi sebelum penggal pentadbiran berakhir lapor Harian Metro.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.

“Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yang harus diambil tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Media melaporkan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula akan menamatkan tugasnya di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ini adalah selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai Senator selama dua penggal.

Bukan hanya beliau, tiga lagi Menteri yang akan tamat penggal pertama sebagai Senator ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Baca juga: Fitri Haris pernah ‘digoda’ ustaz dan Datuk, tak hairan orang berpengaruh dicekup polis