Bantal makin kuning? Cuba tip mudah ini untuk bersihkan ia semula!

Oleh MAISARAH AISYA

Bantal yang digunakan dalam tempoh lama biasanya akan berubah warna, terutama pada bahagian yang terkena air liur ketika tidur.

Selalunya ia tidak dibasuh dengan kerap, dan ramai hanya merendamnya dalam air sabun sebelum menjemurnya di ampaian.

Ikuti perkongsian Facebook Kata Viral tentang cara mudah nak tukar bantal yang penuh ‘peta’ hingga kelihatan seperti baru semula.

Tip menghilangkan kulat pada bantal

Kaedah ini bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan kulat pada bantal, tetapi juga boleh digunakan pada pakaian yang terkena kesan kulat di rumah.

Dengan langkah yang betul, ia membantu memulihkan semula fabrik agar kelihatan bersih dan selamat digunakan.

Bahan-bahan:

  • Air panas 2 gayung
  • Garam dapur satu genggam
  • Cuka dapur 2 sudu besar
  • Soda bikarbonat 2 sudu besar
  • Sabun pencuci pinggan secukupnya

Cara-cara:

  1. Tuangkan air panas ke dalam baldi, kemudian masukkan semua bahan.
  2. Rendam bantal yang berkulat ke dalam campuran tersebut. Tekan-tekan supaya semua permukaan terendam air.
  3. Biarkan selama 1 jam, kemudian angkat.
  4. Periksa sama ada kulat masih ada. Jika kulat masih kelihatan, taburkan soda bikarbonat dan cuka, kemudian gosok hingga bersih.

Tip ini juga boleh digunakan untuk pakaian berwarna kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur dan bebas daripada peluntur.

Baca juga: Boleh ke anak tegur kalau ibu bapa buat salah? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus