Barang kes SPRM RM25 juta dicuri: Mana suara Ismail Sabri?

Oleh ARIF ATAN

Pelbagai pihak telah bersuara dan memberi reaksi berhubung kes tiga pegawai kanan SPRM didakwa mencuri wang tunai berjumlah AS$6 juta atau kira-kira RM25 juta yang merupakan bahan bukti siasatan dan menggantikannya dengan wang palsu.

Wang tersebut adalah sebahagian daripada rampasan yang dibuat susulan penahanan Hasanah Ab Hamid, bekas Ketua Pengarah Agensi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) sejurus tumbangnya BN pada 2018 lalu.

Mahkamah Tinggi pada 12 April lalu telah melepas tanpa membebaskan Hasanah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk tidak meneruskan kes berkenaan.

“Dalam keadaan ini, mahkamah mendapati pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang wajar dalam melaksanakan kuasa budi bicaranya untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap tertuduh.

“Oleh yang demikian, mahkamah dengan ini memberi perintah agar tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan,” kata hakim itu lagi.

Baca Artikel Penuh