Baru tahu ‘Alamak’ ada maksud sama dalam bahasa Jepun, patutlah lagu raya tular sampai sana!

Oleh WAN SITI AMINAH

Lagu nyanyian kumpulan De Fam yang berjudul Alamak Raya Lagi! telah berjaya mencetus fenomena sehingga menjadi siulan masyarakat termasuk di luar negara.

Membawakan tema Aidilfitri, lagu yang dilancarkan pada 7 Mac itu sering digunakan oleh pencipta kandungan sebagai muzik latar dalam hantaran mereka di media sosial.

Lagu yang menjadi ‘trend’ sohor kini terutamanya di platform TikTok itu turut dipakai oleh pengguna luar negara termasuklah dari Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.

Terbaharu, pencipta kandungan dari Jepun berhasil mencuri perhatian ramai selepas menyertai ‘trend’ Alamak Raya Lagi! ini bersama tarian lincah yang menghiburkan.

Difahamkan, sekumpulan tiga penari Jepun tersebut adalah anggota popular daripada ‘Japan Dance Team’ yang dikenali ramai di negara itu sebagai ‘avantgardey’.

Rakaman tarian mereka dimuat naik di akaun Instagram dan penyanyi asal Alamak Raya Lagi! turut memberi komen berterima kasih kerana menggunakan lagu tersebut.

Baca Artikel Penuh