Baru tahu HABHAL’S ada maksud tersendiri, ini sejarah kicap cap kipas udang yang ramai tak tahu

Oleh WAN SITI AMINAH

Sejarah penubuhan syarikat pengeluar kicap Cap Kipas Udang HABHAL’S di Malaysia sering dikaitkan dengan pengasasnya, Allahyarham Datuk Lambak Mohamad.

Datuk Lambak merupakan ahli perniagaan berpengaruh asal dari negeri Johor yang meninggal dunia pada bulan Mei, 2020 lalu di usianya mencecah hampir 100 tahun.

Walau bagaimanapun, misteri pencipta sebenar kicap yang cukup digemari segenap rakyat Malaysia itu sebenarnya terletak kepada jenamanya sendiri iaitu HABHAL’S.

Rupa-rupanya jenama HABHAL’S ini membawa maksud ringkasan nama pengusaha kicap terkenal sebelum kemerdekaan negara iaitu Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif.

Sejarah bermula pada tahun 1945 apabila Ahmad yang lahir di Tengkera, Melaka namun membesar di Singapura itu membeli sos soya dari seorang pedagang Cina.

Ahmad kemudian mengambil keputusan untuk mengolah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut sebelum terciptanya sos kicap yang ada sekarang.

Baca Artikel Penuh