Ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan tempat duduk yang dijual oleh penganjur konsert Blackpink di Malaysia pada Mac lalu.
Seorang peguam bertindak menyaman penganjur konsert Blackpink sebanyak RM1 juta selepas tempat duduk yang dibeli sebenarnya tidak wujud.
Menerusi Twitter, Nas Rahman berkongsi mengenai bagaimana dia akhirnya mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara dia dan penganjur.
Mengimbas kembali kenangan pahit tersebut, Nas mendakwa terpaksa duduk di atas lantai, di sepanjang tangga untuk persembahan selama dua jam itu.
Lebih menyedihkan satu dari tempat duudk yang dibeli sebenarnya tidak wujud kerana kerusi di barisan 207 berakhir pada nombor 36 manakala tiketnya adalah 37.
Pada 6 Mac lalu, Nas mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk penyelesaian.
Menurut Nas, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga membawa kepada samannya difailkan di Mahkamah Sesyen.
“Aku sudah dihubungi oleh pihak Live Nation dan Go Live. Sebab masih dalam perbincangan jadi tak sesuai untuk aku ‘go details’ (pergi ke butiran).
“Cuma di akhir tadi aku minta pihak mereka jawab notis tuntutan aku dan mereka maklumkan akan jawab.
“Setelah beberapa kali siri ‘negotiations’ (rundingan), dua-dua pihak tak capai kata sepakat jadi aku malas nak cakap banyak jadi aku dah failkan saman ke atas Live Nation dan Go Live, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” ujarnya.
Disebabkan kes sudah masuk mahkmah, Nas memilih untuk tidak berkongsi butiran perbincangan tersebut dan aka kemas kini perjalanan kes sahaja.
“Menang atau kalah aku akan tetap update. Jangan risau,” tambahnya.
Baca juga: Kakak Ira Kazar terkejut, rupanya isteri kedua Syamsul Yusof ini pandai memasak!