Bekas peserta program nyanyian ‘dicekup’ isteri, bawa wanita lain pergi bazar

Oleh MALAYSIADATELINE

Suasana di sebuah bazar raya tiba-tiba menjadi kecoh apabila seorang isteri meluahkan amarahnya di depan khalayak ramai sebaik melihat suaminya berada di salah sebuah khemah jualan bersama wanita lain.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah tapak perniagaan terletak di Senawang, Negeri Sembilan itu juga sempat dirakam oleh isteri terbabit sebelum video berdurasi satu minit berkenaan dimuat naik di platform TikTok.

Difahamkan, suami kepada wanita terbabit merupakan bekas peserta program realiti nyanyian popular malah berjaya memenangi tempat ketiga sewaktu menyertai rancangan televisyen berkenaan.

Menerusi rakaman itu, kelihatan sang isteri mendatangi sebuah khemah sebelum ternampak suaminya sedang melihat pilihan kasut sambil ditemani seorang wanita yang hanya duduk di kerusi menunggunya.

‘Pemandangan’ itu membuatkan isteri terbabit gagal mengawal emosinya dan terus meluahkan perasaan marah terhadap suaminya serta wanita yang berada sisi lelaki terbabit tanpa menghiraukan pengunjung lain.

@liezazainal36

azmirul hebat kau..bawak betina pergi shoping kat uptown senawang🤣🤣🤣🤣 KANTOIII #azmirulmentor7 #ukays #bintangklasik #ruangdamai #rtm

♬ original sound – lieza zainal – lieza zainal

“Wah, hebat. Allah nak tunjuk, sekejap sahaja,” kata isteri terbabit dalam rakaman yang kini sudah meraih sebanyak 1.1 juta tontonan daripada pengguna TikTok hanya selepas 11 jam dimuat naik.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna TikTok memuji kualiti video terjahan tersebut namun turut meluahkan rasa simpati terhadap sang isteri atas ujian menimpanya menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengunjung bazar yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut turut tampil meninggalkan komen dengan menceritakan pengalamannya ketika berada di tempat kejadian serta situasi sebenar sewaktu terjahan itu berlaku.

“Aku salah satu saksi ‘live-action’ malam tadi. Terkejut aku. Ingat mereka gaduh hal niaga. Macam kena terjah juga tetapi tak seronok, takut. Sebab kita bukan sejenis garang macam ini. Tak pasti pengakhirannya sebab kita fokus cari makanan sahur. Kejadian sekitar 2 pagi,” ujar pengunjung terbabit.

“Malu gila. Bagus kakak. Lain kali kakak datanglah bawa mikrofon. Kawan kakak pula pegang pembesar suara, yang kecil pun sudah bagus. Bagi satu ‘uptown’ tahu. Sabar ya kakak, ujian. Allah sayangkan kakak.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Fattah Amin seru hentikan ‘cyber bully’, sokong usaha perkasakan internet selamat