Bekas PM Itali meninggal bulan lepas tinggalkan harta berbilion dolar untuk anak dan kawan baik di penjara

Oleh KIM SYAZIE

Berbilion dolar harta pusaka milik bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi diwasiatkan atas nama anak, saudara dan rakan baiknya yang dilapor masih menjalani hukuman penjara.

Bekas perdana menteri Itali itu meninggal dunia Jun lalu pada umur 86 tahun.

Mengikut wasiat Berlusconi, dua anak sulungnya Marina dan Pier Silvio bakal mendapat manfaat paling banyak, lapor Bernama memetik Agensi Berita ANSA.

Kedua-dua anak hasil perkahwinan pertama Berlusconi, bakal memperoleh 53 peratus kepentingan dalam syarikat induk Fininvest

Tiga anak daripada perkahwinan kedua – Barbara, Eleonara dan Luigi – masing-masing menerima saham dalam Fininvest.

Berlusconi turut mewariskan 100 juta euro (AS$109 juta) setiap seorang kepada pasangannya, Ahli Parlimen Marta Fascina, 33, dan abangnya Paolo.

Marcello dell’Utri yang menjadi orang kepercayaan Berlusconi menerima 30 juta euro.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan mafia.

Baca juga: 3 tahun kahwin baru sedar diri anak angkat, semua terbongkar lepas arwah mak meninggal, wali bukan darah daging