Setiap kali musim banjir melanda, pasti terserlah kreativiti luar biasa rakyat Malaysia dalam usaha menyelamatkan harta benda.
Ada sahaja idea spontan dan inovatif yang digunakan demi memastikan barang berharga tidak musnah ditenggelami air.
Tular di Facebook satu gambar menunjukkan sebuah kereta dibalut dengan plastik gergasi, dijadikan ‘perisai’ bagi mengelakkan ia rosak apabila kawasan itu mula ditenggelami banjir.
“Ikhtiar supaya kereta tak rosak sebab banjir. Plastik ni sangat kuat,” ujar pengguna Facebook.
Ada juga pengguna media sosial yang berasa waswas dengan penggunaan plastik tersebut kerana bimbang ia boleh bocor jika tercucuk objek tajam.
“Bila kawasan rumah dah biasa naik air…macam ini lah ‘ikhtiar terakhir’ sebelum banjir menyerang,” komen pengguna Facebook.
“Kome (awak) dah tahu nak banjir, pergi alih kereta. Kalau tak sempat baru kome buat macam ni. Mungkin gambar contoh je haha,” komen Irfan Danial
“Pernah nampak iklan beg ni, masuk keseluruhan kereta. Kawan pun pernah guna, katanya memang air tak masuk,” komen Hana Zakaria.
“Andai banjir benar berlaku serta air berjalan, benda tajam menyucuk ia tetap bocor. Patut kena buat benteng elak plastik bocor,” komen Mois.
Sebolehnya jika mampu dialihkan maka alihkan kenderaan, plastik tersebut mungkin langkah terakhir andai air naik terlalu cepat dalam jangka masa singkat.
Baca juga: Wanita kesal bekas suami culas nafkah dibenar nikah, tuntut balik motor dan telefon