Baru hari pertama ingin menjual durian, seorang penjual durian terpaksa terkejut selepas kesemua buah duriannya habis dikebas seorang lelaki yang berpura-pura hendak membeli buah.
Kejadian difahamkan berlaku di Jalan Kota Tinggi – Kluang berhampiran bulatan Mardi.
Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, peniaga durian, Mohd. Ghazali Esa, mengalami kerugian kira-kira RM3,000 selain perlu mengganti rugi kepada pembekal buah berkenaan.
Menurut Ghazali, kejadian terlalu pantas sehingga dua orang lagi pekerja yang ada digerai sama tergamam melihat lelaki berkenaan terus memecut laju ke bulatan Mardi dan tidak dapat dikesan arah tujuannya.
“Lelaki dalam lingkungan 40-an datang ke gerai dengan menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan bertanya harga buah durian dan mahu membeli kesemua stok yang ada.
“Pekerja bawa naik semua durian ke dalam pikap sebelum lelaki itu cakap nak ambil duit dan hidupkan enjin terus pecut bawa lari. Kami pun belum mendapat sebarang keuntungan kerana ini adalah hari pertama gerai kami dibuka,” katanya memetik laporan Kosmo! srmalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes bukan dikategorikan sebagai samun namun melarikan jualan mangsa.
Baca juga: Penjual mi dipenjara lima tahun hanya kerana “troll” menteri makan di restoran salt bae