Berang pintu ditutup terlalu kuat, pemandu e-hailing Kuantan didakwa pukul pelajar

Oleh WAN SITI AMINAH

Dua pelajar universiti mendakwa telah diserang pemandu perkhidmatan e-hailing di Kuantan ketika mengadakan lawatan selama dua hari ke negeri itu, baru-baru ini.

Akibat serangan pemandu tersebut, salah seorang daripada pelajar itu mengalami retak tulang pada dua jari tangan kanan dan lebam di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, insiden itu dipercayai tercetus selepas pemandu berkenaan naik berang apabila salah seorang daripada mereka menutup pintu kereta dengan terlalu kuat.

Ketika kejadian, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berasal dari China itu menempah perkhidmatan e-hailing dari menara Kuantan 188 untuk pulang ke hotel.

Walau bagaimanapun, pelajar tersebut diserang dengan objek dipercayai kerusi lipat besi sebaik menutup pintu kereta selepas sampai di sebuah hotel di Jalan Sekilau.

Khuatir akan keselamatannya, pelajar dikenali sebagai Yuan itu segera menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk pulang bersama rakannya dan menerima rawatan di hospital.

Baca Artikel Penuh