Pelakon, Syafiq Kyle berjaya memiliki kereta impian sebenarnya iaitu jentera mewah Mercedes-Benz model G-Class atau G-Wagon.
Ia sekali gus menafikan khabar angin bahawa aktor itu membeli Lamborghini SVJ yang berharga sekitar RM2.3 juta.
Pun begitu, kenderaan mewah G-Wagon yang dibelinya tidak kurang hebat kerana difahamkan ia berharga jutaan ringgit juga.
Ramai tertanya berapa sebenarnya harga G-Wagon yang dibeli Syafiq Kyle dan Mimi Lana.
Berdasarkan carian harga terkini, Mercedes-Benz G-Class 2025 di Malaysia bermula dari RM1.9 juta untuk varian AMG G 63, sementara model listrik G 580 Electric antara RM958,888 hingga RM 998,888.