“Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia, saya layan ustaz” – Saksi ke-9 kes Ebit Lew

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap di antara kita mahu menjadikan seseorang dengan latar belakang agama sebagai idola untuk berubah ke arah kebaikan.

Namun kini timbul sutaz ‘instant’ hingga sukar membezakan mana berilmu dan mana yang hanya mengejar populariti dunia.

Kes pendakwah terkenal, Ebit Lew membuka mata ramai pihak agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu taksub dengan seseorang.

Menurut Kosmo, saksi kesembilan memberitahu mahkamah dia rasa sangat berdosa pada suaminya kerana di belakang suami, dia melayan pendakwah tersebut.

Saksi yang merupakan pengadu dalam kes tersebut berkata demikian semasa menjawab soalan dalam pemeriksaan utama yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin.

Saksi kemudian diminta membaca mesej yang dihantar kepada Ebit melalui Instagram pada 14 April 2021.

Baca Artikel Penuh