Berita baik untuk penjawat awam, PM umum struktur gaji baharu pada 1 Mei ini

Oleh WAN SITI AMINAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan struktur gaji baharu khusus untuk penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja, awal bulan depan.

Dalam perhimpunan tersebut, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu akan berkongsi cadangan penambahbaikan termasuklah usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam.

Anwar juga berharap, usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar pendapatan dapat dijadikan motivasi oleh penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Baca Artikel Penuh