‘Botol dah betul tapi isi boleh mengundang cepat osteoporosis’

Oleh ARIF ATAN

Botol minuman dengan paras kandungan yang patut diminum mengikut waktu sudah betul tapi isinya boleh mengundang cepat penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.

Itu antara komentar warganet respons terhadap perkongsian seorang individu di media sosial dengan air botol yang penuh dengan satu produk minuman berkarbonat yang sifar gula.

Menerusi gambar yang dikongsi, paras penuh air dalam botol itu ditandakan dengan “Start – Good Morning” diikuti tujuh sela masa dengan setiap satu tempoh berjarak 2 jam.

Minum air kosong yang mencukupi membantu sistem pencernaan, perkumuhan dan peredaran darah.

Mengikut cadangan jumlah pengambilan minuman itu juga, separuh kandungan botol itu ditandakan pada jam 3 petang iaitu sebagai menambah tenaga.

Seseorang itu dianggap berjaya menghabiskan minuman dalam botol itu apabila paras air mencecah pada takat 9 malam.

Namun, ada warga maya menasihati individu berkenaan bahawa air kosong sepatutnya yang mengisi botol itu bukannya minuman bergas.

Baca Artikel Penuh