“Budak darjah 1 dah pandai ‘search’ benda tak senonoh” – Fahmi Fadzil akan ambil tindakan, jumpa pihak Google

Oleh KIM SYAZIE

Zaman sekarang jika anak tidak dipantau pengunaan gajet mereka maka kemungkinan untuk terdedah akan isu pornografi adalah sangat tinggi.

Seorang pensohor media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi mengenai pelajar sekolah rendah yang sudah terdedah dengan pornografi.

Menerusi hantaran di Facebook, dia memaklumkan ada guru yang mengadu bahawa anak murid melihat bahan lucah walaupun masih tidak pandai mengeja.

“Dekat sekolah saya ada murid tahun satu. Selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi.

“Sekali saya bagi phone dan minta dia search apa yang dia tonton di youtube.

“Saya istighfar panjang! Hanya dengan taip… terus keluar benda lucah. Padahal majoriti murid dalam kelas saya ni membaca dan mengeja pun tak tahu,” ujar seorang guru.

Baca Artikel Penuh