Budak darjah 1 masih menyusu dengan ibunya, warga threads terkejut pendedahan wanita ini

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kebiasaannya normal bagi ibu yang menyusukan anaknya dari bayi sehingga umur 2 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan agar bayi disusukan secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan dan memberi makanan pelengkap ketika berusia 6 bulan serta meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia 2 tahun.

Kecih di Threads sejak dua hari lepas apabila ada wanita yang mendedahkan ada ibu yang masih menyusukan anaknya yang berumur 7 tahun.

“Releven ke anak lelaki 7 tahun still menyusu badan ? kata si emak , tak baik menidakkan hak anak . speechless .. so longshort story baru ni ioalls admit , entah macam mana termasuk cerita pasal menyusu . and sangat lah terkejut dengan pengakuan sorg insan ni , dia kata anak2 dia smua mnyusu smpai 5 6 7 tahun … and anak dia boy”

Pendedahan wanita itu mengejutkan ramai warga threads yang menganggap tindakan ibu itu sangatlah tidak normal.

“Eeeeeuwwwwwwww, dalam Islam cukup 2 Tahun sahaja bagi kedua-dua jantina Lelaki & Perempuan… ” tulis salah seorang netizen.

“mmg ada yg menyusu sampai anak 7tahun..tak ada larangan pun, tp tak digalakkan je sbb budaknya dah besar dah perlu dididik dgn bahagian tubuh yg tak sepatutnya dilihat dan disentuh gitu..”, tulis easy.

“Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” (Al-Baqarah ayat 233)this siss, just untuk menyempurnakan susuann tpi tkde larangan tentang menyusu lebih 2 tahun, kalau ibu mampu then silakan tpi kalau tk mampu tkpe sbb tk wajib “, tulis aisyi di ruangan komen.