Persiapan menjelang majlis perkahwinan lazimnya dipenuhi dengan pelbagai perancangan, termasuk pemilihan door gift untuk tetamu yang hadir.
Terbaharu, satu perkongsian di media sosial oleh usahawan Yatie Kitchen mencuri perhatian apabila mendedahkan persiapan door gift bagi majlis perkahwinan anaknya yang bakal berlangsung dalam tempoh 45 hari lagi.
Menerusi hantaran tersebut, difahamkan pihaknya memilih untuk memberikan barangan berbentuk keperluan dapur kepada tetamu, dengan harapan ia dapat dimanfaatkan sebaiknya.
“Door gift wedding Danish… kita bagi kuali je la, nanti tetamu masak kat rumah kita dapat pahala,” tulisnya secara berseloroh.
Selain kuali, beberapa barangan lain turut disertakan dalam set berkenaan seperti perencah masakan Mushrooms Seasoning, kicap Adabi, roti Gardenia, mi segera serta beras Faiza.
Perkongsian itu turut memaparkan proses penyediaan door gift, termasuk kerja-kerja membungkus barangan yang dilakukan secara gotong-royong.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji idea berkenaan yang disifatkan praktikal dan bermanfaat berbanding cenderamata biasa.
“Bestnya… untung tetamu-tetamunya. Baik Kak Yatie bagi tetamu kenangan yang boleh guna. Best pula kuali tu… hehe. Nak satu… haha.
“Wahhh bestnya dapat kuali… semoga urusan Kak Yatie dipermudahkan.
“Tak jemput kenduri tapi nak door gift je, aci ke tu weh?” antara komen pengguna Threads.
Baca juga: Jalil Hamid meninggal dunia