“Bukan saya bagi markah pada diri sendiri” – Jaclyn Victor sedar kemenangan dipertikai peminat artis lain

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu pertandingan All Star Gegar Vaganza berakhir dengan penyanyi bersuara tinggi, Jaclyn Victor sebagai juara.

Kekal konsisten dengan mutu nyanyian saban minggu, masih ada ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan penyanyi Gemilang itu.

Buat Jaclyn, dia sendiri tidak menyangka akan menang malah akan reda dengan apa sahaja keputusan pada malam itu.

Timbul banyak komen peminat lain yang menyatakan bahawa artis mereka lebih layak untuk menang.

Ketika ditemu bual Astro Gempak, Jaclyn menyatakan bahawa dia tidak akan membaca komen kerana bukan dia yang memberi markah kepada diri sendiri.

“Bukan saya yang memberi markah kepada diri saya, sumpah hari ini (semalam) saya cakap, bila tunggu pengumuman, saya berserah sahaja.

Baca Artikel Penuh