Bukan ulat parkir, DBKL rupanya sewakan tempat letak kereta pada syarikat persendirian

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pengguna TikTok telah berjaya mencuri perhatian orang ramai, baru-baru ini selepas mendakwa individu dipercayai ulat parkir mencalarkan kereta miliknya.

Ulat parkir itu dikatakan bertindak sedemikian selepas pemilik enggan membayar caj bernilai RM15 selepas meletakkan kenderaan di tepi jalan di Maybank Bukit Bintang.

Memandangkan pihak berkuasa tidak bertugas pada malam hari, pemilik kenderaan bercalar itu menyangka tapak tempat letak kereta (TLK) tersebut tidak perlu dibayar.

Baca Artikel Penuh