“Cakap sahaja saya dah tak relevan” – Noorkhiriah kecewa ada yang main tarik tali masa tawar berlakon

Oleh MAISARAH AISYA

Kini industri seni semakin kekurangan pelakon veteran kerana dilihat terlalu fokus kepada pelakon baru dengan pengikut yang lebih banyak.

Dapat dilihat lakonan kaku pelakon baru hingga menyebabkan peminat kurang menonton drama semasa.

Menurut Utusan, pelakon senior Noorkhiriah meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pihak yang dilihat bermain tarik tali semasa menawarkan pekerjaan.

Noorkhiriah sedar kemungkinan dia tidak lagi dilihat relevan dalam industri sehingga menyebabkan individu terbabit bertindak menyekat rezekinya untuk berlakon.

“Itulah kehidupan. Allah SWT itu Maha Baik. Maka pada kita yang bergelar manusia perlu juga baik. Andai tak suka, jujur saja walaupun kejujuran itu sakit.

“Cakap sajalah ‘Noorkhiriah awak dah tak relevan dalam industri’. Jangan main tarik tali. Terima kasih Allah atas kasih sayang.

Baca Artikel Penuh