Sebanyak 4,896 kes Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus tersebut meningkat kepada 2,654,474 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan kes baharu Covid-19 menerusi Facebook rasminya berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik menerusi laman web CovidNow.
Untuk rekod, negara mencatatkan kes Covid-19 melepasi 5,000 kes bagi tempoh tiga hari berturut-turut iaitu sejak 1 Disember lalu.
Semalam, sebanyak 5,551 kes baharu direkodkan, manakala pada 2 Disember sebanyak 5,806 kes dan 1 Disember (5,439 kes).
Kali terakhir kes baharu Covid-19 berada bawah 5,000 kes adalah pada 30 Novemberlalu dengan 4,879 kes.