Cuba, negara pertama di dunia suntik vaksin untuk kanak-kanak

Oleh KIM SYAZIE

Kempen vaksinasi kumpulan berusia dua hingga 11 tahun telah giat dilancarkan di Cuba sejak awal bulan ini bagi melawan virus Covid-19. Negara itu menggunakan dua vaksin tempatan yang dihasilkan sendiri, namun tidak dikenali oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikutan itu, Cuba menjadi negara pertama di dunia yang memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia lebih dua tahun, sementara Chile bersetuju pada Isnin untuk vaksinasi kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun dengan vaksin Sinovac yang dihasilkan dari China.

Negara Cuba yang berjumlah 11,2 juta penduduk itu disarankan oleh kerajaannya untuk melakukan vaksinasi kepada semua anak sebelum pembukaan sekolah yang telah ditutup sejak Mac 2020.

Tahun persekolahan baru bakal bermula di Cuba. Setakat ini, para pelajar masih mengikuti pembelajaran melalui program televisyen pendidikan berikutan perkhidmatan Internet tidak menyeluruh di kebanyakan rumah.

Setelah menyelesaikan beberapa ujian klinikal ke atas kanak-kanak di bawah umur menggunakan vaksin Abdala dan Soberana, Cuba memulakan kempennya untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak bermula pada Jumaat ini.

Banyak negara lain di dunia memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia lebih 12 tahun, sementara beberapa negara melakukan ujian klinikal ke atas kanak-kanak yang lebih muda.

Baca Artikel Penuh