“Cukuplah, buat masa ini”, Jamal lupakan niat tambah zuriat, kesian tengok isteri jaga 4 anak kecil

Oleh WAN SITI AMINAH

Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah terpaksa melupakan hasratnya untuk menambah zuriat selepas dikurniakan empat cahaya mata.

Hal ini kerana, penyanyi veteran itu merasa bersimpati apabila melihat isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang tidak menang tangan menguruskan anak-anak mereka.

Terharu melihat pengorbanan isteri tercinta mengendalikan empat anak yang masih kecil, Datuk Jamal memutuskan untuk menangguhkan niatnya buat sementara waktu.

Perkara tersebut didedahkan Jamal dalam sidang media mengenai konsert mini yang bakal dilangsungkan untuk mengutip dana buat rakyat Palestin, lapor Harian Metro.

“Buat masa ini biar dululah. Bukan apa, saya tak sanggup tengok isteri jaga (anak) seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga.

“Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya.

“Jadi saya rasa memang cukuplah, buat masa ini. Saya tak sanggup tengok orang rumah saya,” kata pelantun lagu Gadis Melayu itu memetik laporan Harian Metro.

Malah menurut penyanyi berusia 63 tahun itu, pakar perubatan telah menasihati isterinya untuk tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara pembedahan.

Untuk rekod, Jamal Abdillah mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati Khiruddin yang merupakan gadis kelahiran Kulim, Kedah pada 1 April 2017, enam tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, Iskandar Rayyan Yamani, 1, dan Rahil Laura Salsabila yang kini berusia 7 bulan.

Jamal juga memiliki dua orang anak menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani yang kini berumur 17 tahun.

Baca jiga: “Bukan nak jadi BFF” – Neelofa mahu buka buku baru dengan Fazura, tak mahu peminat saling bertelagah