“Dah macam buah sukun” – Netizen kagum lihat usaha ibu bapa buang duri durian demi anak tersayang

Oleh MAISARAH AISYA

Durian terkenal dengan duri yang tidaklah tajam tapi kalau pegang harus berlapik takut terluka tangan.

Tapi pernahkah anda melihat durian tanpa duri, sekali imbas dah macam buah sukun tapi demi anak tersayang, sanggup bersusah payah membuang semua duri itu.

Satu video tular di media sosial Indonesia apabila seorang wanita berkongsi video durian tanpa biji.

Menurut Liputan 6, ibu bapanya dari kampung menghantarkan buah durian dengan keadaan duri sudah dipotong untuk menyenangkan si anak membuka buah tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita berkenaan menunjukkan longgokan buah durain tanpa duri yang diterima daripada ibu bapanya.

“Ibu bapa saya mengirim satu guni buah durian dari kampung yang durinya sudah dibuang. Terkejut saya ketika membukanya,” ujar wanita tersebut.

Tapi apa yang melucukan adalah netizen melihat dan menganggap ia adalah buah sukun dan bukan raja buah.

“Itu bukan durian, itu sukun,” kata seorang netizen.

“Ibu bapanya bersusah payah membuang duri pada durian tetapi ia kelihatan seperti (buah) sukun,” tambah netizen lain.

Baca juga: Patutlah Char Kuey Teow tak rasa macam kat kedai, rupanya tak masuk 1 bahan ini!