Pastinya tempat tinggal pelajar atau asrama perlu berada dalam keadaan baik agar pelajar lebih senang berehat dan belajar dalam keadaan yang tenang.
Menurut laporan portal tempatan, keadaan asrama Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah (KTETF) atau dahulunya dikenali sebagai SMK Durian Daun dilihat agak membimbangkan.
KTETF merupakan institusi pemusatan tingkatan enam yang pertama di Melaka dan ia menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 di daerah Melaka Tengah.
Struktur binaan kolej yang pada asalnya merupakan sekolah harian tersebut dibina pada tahun 1960 dan mempunyai 28 bilik darjah serta kini menempatkan kira-kira 500 orang pelajar.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KTETF, Mak Chee Kin melahirkan kegusaran terhadap keadaan kolej berkenaan yang disifatkan seperti sebuah ‘rumah hantu’.
Dakwa Mak lagi, pelajar masih meneruskan proses pembelajaran di sana walaupun keadaannya yang ‘menyedihkan’ tersebut.
“Lagi seram dari rumah hantu dalam filem,” kata salah satu pelajar.
Menurut Mak, pelajar-pelajar mengadu yang keadaan kolej mereka disifatkan lebih seram berbanding filem hantu.
Ini adalah disebabkan tingkap yang jatuh selain kejadian siling runtuh semasa proses pembelajaran berlangsung.
Rayuan Mak untuk mendapatkan bantuan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondisif kepada pihak berwajib tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Malah pelbagai masalah timbul mernut dakwaan pengerusi PIBG tersebut seperti paip bocor, struktur bangunan yang usang, masalah bekalan air.
Masalah lain pula melibatkan gelanggang bola keranjang yang tidak boleh digunakan, tempat letak kenderaan dan juga banjir kilat.
Walaupun dalam keadaan sedemikian, sekolah tersebut berada dalam kedudukan nombor dua terbaik untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa (STPM).
Pada masa sama, Mak berharap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengambil perhatian terhadap keadaan itu dan membantu memperbaiki keadaan di sekolah itu.
Ketika dihubungi portal tempatan, wakil Kolej Tun Fatimah menolak dakwaan yang dikeluarkan oleh pengerusi PIBG tersebut.
Menerusi pengamatan di media sosial Kolej Tun Fatimah, keadaan berkenaan kelihatan normal dan tidak seperti dakwaan yang dilakukan Encik Mak berkenaan.
Baca juga: Terkejut dengar letupan mercun, bayi berusia 38 hari meninggal dunia